Dalam era dunia akhir zaman ini ,ramai ibu bapa mengharapkan anak-anak bakal menjadi harapan mereka agar para ibu bapa dapat menutup mata di penghujung usia mereka dengan tenang.Namun terkadang harapan tinggal harapan.Disangka panas hingga ke petang ,rupanya hujan di tengahari.Anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh ,bila dewasa mereka sanggup menconteng arang ke muka kedua ibu bapa mereka.Fenomena ini telah melahirkan rasa kebersalahan yang amat di sudut sanubari kedua ibu bapa.Nak dikatakan kurang layanan,tidak sama sekali.Nak dikatakan kurang penjagaan,juga tidak .Lantas ramai ibu bapa terpaksa mendapatkan khidmat bantuan berbayar daripada agensi-agensi tertentu.Kita dapat perhatikan bermacam-macam kaunseling @ motivasi yang telah dianjurkan oleh badan-badan tertentu yang bagaikan cendawan yang baru tumbuh selepas hujan dengan bermacam-macam nama yang mampu menarik perhatian para ibu bapa.Motivasi "Anak Soleh" ,"Jenerasi al-Quran","Ulul Albab", "Kem Remaja" dan macam-macam lagi.
Persoalannya bagaimanakah kita hendak menyelesaikan masalah ini,bagaimanakah kita hendak membendung masalah kerosakan akhlak remaja kita,apakah cara atau langkah yang terbaik untuk memastikan mereka mampu menjadi pewaris para nabi seterusnya mampu menggalas segala harapan dan cabaran masa depan???
Segala pandangan dan cadangan amat dialu-alukan dan jazakumullahu khairan kathira.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mawar berduri
Get Flower-Graphics Wanita Solehah laksana mawar berduri;cantik dipandang namun bukan mudah untuk didekati
Salam Maal Hijrah 1431 H
Sabda Nabi SAW
maksudnya: Orang yang sebenar-benarnya berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang olah Allah
Selamat Pulang
Selamat kembali ke tanah air buat para Jemaah Haji.Semoga tempoh 40 hari menjadi tetamu Allah di bumi Mekah dapat membawa pulang "Haji Mabrur".
No comments:
Post a Comment